BUTIK PRECIOUS MOM COLLECTION

BUTIK PRECIOUS MOM COLLECTION

Friday 13 September 2013

BUKU PREGNANCY/BF



"BUKU HEBAT UNTUK MAMA YG HEBAT"

21 TIPS SUKSES MENYUSU UNTUK IBU BEKERJAYA

RM 15.90

*DI TULIS OLEH PN. SITI SURAYA (OWNER LUNATOTS cum KAUNSELOR LAKTASI)

*MENARIK..TIPS2 PENYUSUAN



 

PENJAGAAN IBU & BAYI 

RM 12.90

*PANDUAN KEHAMILAN, KELAHIRAN & PENJAGAAN AWAL SI KECIL




MAMA SAYA LAPAR 

RM 19.90

"Mama Saya Lapar sesuai untuk semua ibu yang sebelum ini mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak. Terdapat juga tip dan panduan serta nasihat daripada pakar pemakanan. Jadi mulai hari ini berikan makanan yang terbaik untuk si manja kita" - Wardina

Isi kandungan:

Nak Makan, Tak Nak Makan dan Lapar
Makanan Ringan @ Junk Food
Sayur oh Sayur!
Buah-buahan
Sarapan Pagi
Air oh Air!
Makanan Seimbang
Makanan Tambahan
Kepentingan Kalsium
Khasiat Susu Ibu
Anakku Sakit
Perancangan Pemakanan
Do's and Don'ts
Kenalkan Makanan Pejal Semula Jadi





 

SEDIA MELANGKAH KE ALAM BARU 

RM 11.90

*MAKLUMAT LENGKAP TENTANG KEHAMILAN & KOMPLIKASI SEMASA TRIMESTER PERTAMA, KEDUA & KETIGA





RAHSIA ANAK CERDAS & CERGAS 

RM 11.90

*INFO MENGENAI PROSES PERKEMBANGAN BAYI DARI JANIN HINGGA BERUSIA 6 TAHUN
*AKTIVITI2 YG DPT DIPRAKTIKKAN UTK SI KECIL UTK MEMBANTU PROSES PEMBESARAN DR SEGI FIZIKAL & MINDA




PANDUAN PEMAKANAN ANAK SIHAT & PINTAR
*TEMPORARY OUT OF STOCK*

RM 11.90

*PANDUAN PEMAKANAN BG SI COMEL B'UMUR 6 BULAN-7 TAHUN
*RESEPI2 YANG BOLEH DISEDIAKAN OLEH SI IBU





PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BEKERJAYA

RM 10.00

*KEPENTINGAN & FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU
*LATIHAN MEMERAH SUSU SECARA MANUAL/PAM & CARA PENYIMPANAN SUSU 
*TEKNIK PENYUSUAN YG BETUL




40 MINGGU NAN INDAH

RM 8.90

*MENGANDUNGI PELBAGAI INFO LENGKAP SEBELUM HAMIL,SEWAKTU HAMIL & SAAT MELAHIRKAN
*INFO MENGENAI PANDUAN PENYUSUAN & PENJAGAAN PAYU DARA





KOMPILASI HIDANGAN BERPANTANG

RM 7.00

Buku Kompilasi Hidangan Berpantang ini memberi pilihan resipi kepada wanita yang melahirkan untuk menikmati masakan yang menyembuhkan luka dengan cepat, tidak memudaratkan kesihatan dan menyihatkan. Antara makanan yang digalakkan pengambilannya ialah ulam-ulaman, lada hitam, serai, halia, ikan haruan, peria, manjakani dan sebagainya. 

Resipi-resipi di dalam buku ini disediakan untuk wanita berpantang yang mementingkan penjagaan tubuh sama ada untuk dalaman atau luaran. Ia sekadar cadangan dan boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing.






9 BULAN 10 HARI : 44 MENU PILIHAN

RM 13.00

Melalui proses kehamilan menjadi detik terindah setiap wanita. Sepanjang proses itu, bakal ibu perlu menjaga pemakanan agar badan mendapat nutrien penting sekaligus memelihara kesihatan ibu & anak.

Buku ini membantu bakal ibu dalam soal pemilihan makanan. 

- Di bahagikan kepada 4 bab dengan resepi2 pilihan terbaik untuk dicuba. Bermula dengan menu sihat ketika: SARAPAN, TENGAH HARI, MINUM PETANG & MAKAN MALAM. 
- Turut disertakan nota panduan nutrisi, zat penting dlm makanan & gambar rajah piramid makanan utk bakal ibu.
- BONUS: ringkasan pemakanan seminggu dalam bentuk jadual





BUKU BERPANTANG CARA ALAMI

RM 14.50

Buku BERPANTANG CARA ALAMI ini memberi penekanan kepada 3 faktor iaitu Rahsia dan petua penjagaan ibu lepas bersalin secara turun-temurun; Panduan lengkap penyusuan susu ibu; dan 32 resipi berpantang enak&berkhasiat. Kandungan buku ini bukan sahaja menyediakaninfo mengenai amalan berpantang malah turut menggarapkan penggunaan bahanbahanalami (semula jadi) yang hampir dilupakan oleh generasi kini. Lebih alami lebih baik untuk tubuh anda. Selagi ia tidak memudaratkan, tidak menjadi masalah untuk diamalkan.




HEBATNYA SUSU IBU!

DI TULIS: PN.RITA RAHAYU (OWNER MOM'S LITTLE ONE)

RM23.00

Sinopsis 

Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu berkerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.

Antara kandungan dalam buku: 

Susu Ibu: Menyingkap misteri ‘cecair’ emas:
Susu ibu Vs susu formula
Susu ibu bukan punca obesiti
Tip elak bayi tersedak
Tip menyusukan bayi jika melahirkan secara caesarean
Ibu yang menyusukan bayi tak perlu berpantang makan 

Biodata Penulis 

Penulis merupakan seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata (kesemuanya telah disusukan dengan susu ibu). Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Nurturing Concepts Sdn Bhd. Beliau berpengalaman luas dan bercita-cita mahu memartabatkan penyusuan bayi di Malaysia serta sentiasa membantu ibu-ibu supaya berjaya dalam penyusuan sejak tahun 2001. Penulis juga merupakan salah seorang panel perunding dan kolumnis untuk majalah ”Pa&Ma” semenjak tahun 2006 dan bertanggungjawab untuk menjawab soalan- soalan berkenaan penyusuan bayi di Ruangan Laktasi setiap bulan. Beliau juga merupakan panel perunding dan kolumnis untuk Majalah "BabyTalk" sejak tahun 2011. Penulis adalah seorang Perunding Laktasi bertauliah (International Board Certified Lactation Consultant-IBCLC), ahli kepada Persatuan Pakar Laktasi Sedunia – ILCA (berpusat di Amerika Syarikat), Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM) dan Persatuan Penyusuan Australia (ABA).





UBAT & KEHAMILAN - Ibu Jangan Makan Ubat Itu

RM 19.00

Karya Prof. Madya Dr. Aida Hanum dan suami beliau, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim, ini merungkai persoalan tentang penggunaan ubat-ubatan dan kesannya terhadap ibu yang hamil. Maklumat yang diberikan merangkumi kesan ubat yang diambil oleh ibu hamil terhadap bayi yang dikandung, pengambilan ubat oleh ibu hamil yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, sawan dan lain-lain, rawatan yang selamat untuk mengurangkan loya, sakit belakang, sembelit dan masalah lain semasa hamil, serta pemakanan tambahan yang perlu diambil ketika hamil.





SUSU IBU - TITISAN MUTIARA BONDA

RM 18.00

Karya Dr. Zaharah dan Pn.Nazirah ini memberikan maklumat yang terperinci dan menyeluruh tentang kebaikan penyusuan ibu, teknik menyusui bayi, cara untuk mengatasi masalah semasa penyusuan, pengalaman ibu yang berjaya menyusui bayi, dan maklumat lain yang dapat membantu para ibu dalam penyusuan ibu. Berikanlah hak susu ibu kepada bayi anda, kerana ia umpama titisan mutiara bonda anugerah Illahi kepada anda dan bayi anda. Dr. Zaharah ialah seorang pensyarah dan pakar perunding laktasi di HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan (seperti yang telah diterangkan di atas). Pn. Nazirah ialah seorang jururawat yang berpengalaman di tempat yang sama, yang kini bertugas sebagai kaunselor penyusuan ibu, dan pada masa yang sama sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kejururawatan) di USM Kubang Kerian.


No comments:

Post a Comment